Logo Sekolah

Lengkungan bujur biru menunjukkan bersatu padu. Lengkungan ini melambangkan kawalan sekolah oleh guru-guru yang mendidik murid supaya berdisiplin dan mempunyai semangat setia kawan.

Bentuk bujur kuning menunjukkan murid-murid yang masih mentah dan masih perlu dididik. Buku berwarna putih menggambarkan kesucian ilmu.

Gear membawa maksud teknologi. Zarah atom bermaksud sains. Gabungan kedua-duanya amat penting bagi merealisasikan keperluan negara pada masa akan datang.

Lima gelung rotan membawa maksud lima rumah sukan.

Manakala pita reben berwarna merah melambangkan kekuatan dan semangat membara seluruh warga SKBS dalam menjayakan visi dan misi sekolah.